MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Pengarah Korporat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif The Combines Bus Service (CBS) Sdn Bhd, Datuk Hiew Yew Can (kiri) dan Pengarah Urusan CBS Cheong Kong Fitt (tiga dari kiri), berpuas hati keadaan bas Perak Transit selepas melancarkan kerja pembinaan projek terminal bas bersepadu di Meru Raya, Ipoh, hari ini.BeritaHarian - Foto Muhaizan Yahya
Esok adalah 'D-Day' untuk Zambry dan Nizar. Siapa yang layak diumumkan Menteri Besar yang sah akan memandu serta menerajui Perak seterusnya.
Sesiapa yang menang, terserah kepada kebijaksanaan mereka berdua untuk membuat keputusan samada akan membubarkan DUN Perak.
Barisan Nasional tidak akan sesakali mengambil risiko untuk bubarkan Dewan.
Jika Pakatan Rakyat di'pulang'kan kembali kuasa meneraju Perak esok, hampir pasti akan menghadap Istana untuk tujuan pembubaran.
Pakatan Rakyat tiada pilihan kerana kemelut ini membuat rakyat menjadi gelisah, lagi pun untuk memecahkan 'deadlock' kedudukan kerusi adalah 28-28 dengan 3 Adun bebas yang sudah pasti menyebelahi BN. Tidak ada maknanya jika tidak dibubarkan, Pakatan Rakyat akan di'guling'kan sekali lagi dengan usul undi tidak percaya yang berkemungkinan besar akan dibawa oleh Barisan Nasional.
Kronologi kemelut di Perak, sila baca di sini.
Monday, February 08, 2010
Zambry Abdul Kadir 'Memandu' Perak Untuk Kali Terakhir?
Harga Sebuah Demokrasi : Jangan Sampai Macam Tu Sekali Kakak !
Kat sini jangan buat macam tu akak-akak sekelian. Nanti parah. Nanti habis abang-abang teksi, abang-abang lori ter'accident' sesama sendiri, tersondol bontot kereta/lori sesama sendiri. Nanti tergendala pulak mat-mat rempit nak merempit.
Nanti lumpuh satu KL kalau tunjuk macam tu. Semua abang-abang, pak cik-pak cik keluar nak ikut sama.
Perbuatan itu memanglah salah dari semua segi, moral, agama dan perundangan tak kiralah sekular atau Islamik sekalipun.
Tapi yang membuat saya tertarik dengan berita ini ialah, kesedaran politik kaum hawa terutama yang muda-muda, sanggup buat apa saja demi demokrasi tidak di'rogol'.
Mereka sanggup setengah bogel asalkan demokrasi mereka tidak di'rogol'. Sungguh tinggi kesedaran politik mereka. Mereka tidak berbaju cuma ber'pelekat' ditempat-tempat tertentu., hanya berseluar 'jeans'. [sumber.]
Itulah 'bayaran' yang tinggi untuk harga sebuah demokrasi.
Di sini, tak tahu nak dikatakan lagi. Apakah demokrasi sudah di'rompak, di'rogol', di'liwat' dan entah apa-apa lagi?
Esok hari penentuan demokrasi di Perak.
Mahkamah akan membuat keputusan, siapa yang lebih berhak menerajui Perak, di antara Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Selaku penyokong Pakatan Rakyat sudah semestinya keputusan itu sangat-sangat dinantikan sesudah satu tahun Perak dilanda kemelut politik yang amat dahsyat.
Apakah demokrasi mampu ber'sinar' kembali di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dulu?
Bukan Tak Menghormati Pak Lah, tapi.....
Pak Lah dah mula bersuara. Beliau dah mula nak ber'politik' semula. Pada hakikatnya memang beliau masih seorang ahli politik, walaupun beliau sudah bersara daripada menjadi seorang Perdana Menteri. Beliau masih seorang menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas.[sumber.]
Sepatutnya semasa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dulu kepada DS Najib, beliau turut bersekali melepaskan kerusi parlimen Kepala Batas.
Pembangkang bukan tak menghormati beliau selaku bekas Perdana Menteri, tetapi selagi beliau masih menjadi ahli Parlimen Kepala Batas, 'kita' berlawanlah sebagai orang politik.
Beliau kata, "Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran dan pendirian beliau."
Wahai ahli Parlimen Kepala Batas, rakyat Pulau Pinang yang tak suka pada Lim Guan Eng, ialah rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Bukan semua tak suka Guan Eng. Masih ramai lagi yang menyokong PKR, PAS dan DAP dan mereka masih memberi kenyakinan dan kepercayaan kepada Lim Guan Eng menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Bagi UMNO/BN, istilah 'sokong' hanya membawa erti memberi sokongan kepada UMNO/BN. Begitu juga istilah 'bersatu/perpaduan' membawa erti bersatu menjadi ahli UMNO dan perpaduan dalam Barisan Nasional.
Inilah politik sempit UMNO/BN, kerana Perlembagaan Negara membenarkan warganya berpersatuan/berparti dan sebagainya selagimana persatuan/parti itu berdaftar secara sah dengan ROS.
Berlawan dan berjuanglah secara 'gentleman' wahai UMNO/BN serta jenteranya terutama media 'pak turut' mereka, kerana fitnah, mengadu domba itu adalah sifat bacul dan hina.
Sunday, February 07, 2010
'Tsunami' di PRU13: Pakatan Rakyat Mungkin Turun Tanpa 'General'nya
Dalam PRU10 pada tahun 1999, merupakan gelombang 'reformasi' di ketika DSAI terpelesuk dalam penjara.
PAS, PKR dan DAP tiada pakatan secara 'resmi' ketika itu, namun mereka turun ke gelanggang dengan satu tekad untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Walaupun keputusannya, hanya Kelantan kekal memerintah, Terengganu dapat ke PAS, Kedah nyaris-nyaris tumbang ke PAS, di Pahang BN hilang beberapa kerusi dan di Pusat BN masih mengekalkan 2/3 majoriti.
Rupa-rupanya itu hanya merupakan sati 'mild earthquake' berskala 'richter' mungkin hanya 4. UMNO/BN mengambil tindakan drastik dengan mendesak Mahathir mengundur diri untuk mengelakkan diPRU11 pada tahun 2004, mereka merudum. Ketika itu tahap rakyat menolak Mahathir amat ketara dan memuncak. Mahathir undur diri dan menyerah kepada Pak Lah, ini jelas terbukti BN menang dengan bergaya.
PRU12 pada tahun 2008, PAS, PKR dan DAP turun dengan ber'Pakat', walaupun Pakatan Rakyat belum didaftarkan lagi ketika itu.
Rupanya-rupanya 'mild-earthquake' di PRU10 tahun 1999 menjadi pemangkin untuk mengwujudkan tsunami yang 'ganas' apabila 5 negeri tumbang ke Pakatan Rakyat dan di Pusat, BN merudum, hilang 'tangkal azimat'nya iaitu hilang 2/3 majoriti.
UMNO/BN seolah-olah hilang akal, bermacam-macam helah dan 'silap-mata' diaksikan sehingga Perak dapat di'rampas' kembali dalam beberapa episod drama 'heret-mengheret, cekik-mengcekik, lompat-melompat' berlaku.
Tak cukup dengan itu, dirumuskan satu 'tangkal-azimat' baru yakni 1Malaysia untuk menghadapi PRU13 nanti dan juga satu sandiwara yang amat hebat, lebih hebat daripada drama di akhir 90an iaitu satu drama yang paling jijik,hapak, hancing dan meloyakan sedang dalam 'pementasan'. Lagi sekali DSAI di'paksa' memainkan wataknya.
Saya menjangkankan satu Tsunami yang lebih besar dengan gegara berskala 'richter' mungkin mencecah 9 berlaku di PRU13, jika Datuk Seri di sumbat ke 'dalam sekali lagi.
Artikel ini mungkin ada berkaitan. Sila baca di sini.
1Malaysia : Bersediakah UMNO?
Konsep 1Malaysia tidak tercapai dengan hanya menyanyi lagu 1Malaysia, siang dan malam.
Iaaya mustahil tercapai dengan hanya memperagakan batik yang kononya corak 1Malaysia.
Mustahil juga ia tercapai dengan gantungan 'banner' dan 'bunting' sepanjang jalan, segenap penjuru dan tempat.
Laungan serta tempikan yang gegak gempita mustahil 1Malaysia boleh tercapai.
Semua penyokong dan pendokong UMNO seperti pertubuhan belia serta NGO lain seperti PPIM dan yang se'waktu' dengannya jangan diharap boleh menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam hati semua warga.[sumber.]
Kesemua itu hanya 'ratib' atau aksi yang bersifat retorik semata-mata.
1Malaysia mesti diterjemahkan dengan iltizam politik yang ikhlas yang memperakui semua warga berhak mendapat pembelaan tanpa mengira anutan fahaman politik.
1Malaysia akan tercapai apabila semua warga mendapat pembelaan dari segi keselamatan jiwa, keadilan pembelaan, birokrasi sifar dalam sitem pentadbiran dan penyampaian, sifar rasuah, sifar keanggkuhan dalam pemerintahan dan pentadbiran etc.
Bersediakah UMNO dengan jiwanya yang telah sebati sekian lama?
Saturday, February 06, 2010
'Semboyan' Telah Berbunyi : Awas Perak !!!!!
Timbalan Presiden UMNO beri arahan, semua parti-parti komponen Barisan Nasional yang bermasalah perlu ambil langkah menyelesaikannya dengan segera.[sumber.]
Umum semua tahu, MCA ditahap membimbangkan mereka, PPP masih berkecamuk walaupun parti itu tak ubah seperti nyamuk, tapi amokan walaupun seekor nyamuk, buat seseorang tak boleh tidur. Gerakan masih semput setelah kena serangan 'angin ahmar' dalam PRU12 dahulu, manakala MIC tidak boleh 'complacent' walaupun berbagai 'bunga malar' di tabur oleh Presiden UMNO untuk mengambil hati kaum ini semula.
Jadi, apa makna arahan Timb. Presiden UMNO itu?
'Snap election' seluruh Malaysia, agar Presiden dapat mandat baru?
Oh, tidak mungkin, banyak penunjuk beliau belum betul2 stabil lagi walaupun beberapa pemimpin Pakatan semacam memberi 'penawar' percuma kepadanya akhir-akhi ini.
Kemungkinan keputusan penghakiman pada 9 Februari nanti berpihak kepada DS Nizar? Dan seterus pembubaran DUN Perak?
Kemungkinan keputusan Mahkamah DUN Kota Siputeh berpihak kepada PAS?
Itulah beberapa kemungkinan yang semua pemerhati dan pemain politik dalam dan luar negara tertunggu-tunggu.
Walaupun beberapa penunjuk memberi isyarat Pakatan Rakyat akan mendapat mandat menerajui Perak semula melalui 'survey' dan penunjuk semasa yang hanya pemain politik samada dari BN atau Pakatan Perak yang amat mengetahui kedudukan sebenarnya, masih terlalu awal untuk membuat ramalan kerana terlalu banyak muslihat serta kelicikan politik UMNO/BN.
Walau apapun, Pakatan Rakyat perlu bersedia ditahap maksima, walaupun diganggu oleh beberapa 'salakan' anih dan 'kurang cerdik' lagi bingit dan kurang menyenangkan dari hari ke hari oleh rakan-rakan sendiri terutama di Pulau Pinang yang berkemungkinan memberi sedikit tempias.
UMNO al-Wasatiyah.....alahai.....
Selama 52 tahun lebih UMNO memerintah, mereka baru berjumpa istilah Al-WASATIYAH.
Seelama itu al-Ulamak UMNO dari dulu diulit mimpi indah, di lalaikan oleh dunia UMNO, berlumba-lumba membesarkan tembolok masing-masing sehingga lupa untuk menasihati pemimpin mereka.
Tembok kejumudan dalam kepala otak UMNO seolah-olah terketuk apabila merudum dalam PRU12. Mereka secara tiba-tiba menjadi sedar betapa perlunya menjaga kebajikan rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum dan agama, lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai berbilang bangsa serta suku kaum etinik dan anutan agama.
Tetapi untuk UMNO mengikis terus semangat 'keris' yang telah kematu dalam hati serta mengalir dalam urat saraf mereka, amatlah mustahil untuk mereka menghayati semangat 1Malaysia, kerana ia baru saja dirumus dan ianya hanya bersifat sementara terutama untuk menghadapi PRU13 sahaja.
Para pemikir mereka boleh merumuskan apa-apa jua istilah yang bersifat 'Islamik', tetapi selagi yang asas seperti menyeru rakyat mengimarahkan Masjid, mengurangi program hiburan melampau, mengurangi segala maksiat, mengurangi rasuah, memulihkan kembali institusi Mahkamah,keadilan mengagihkan kekayaan negara kepada setiap negeri, mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu dan banyak lagi, usah bercakap pasal istilah-istilah atau konsep yang hanya mengkaburi mata rakyat. [sumber.]
al-brangi: Kalau kita guna istilah 'membasmi' menggantikan 'mengurangi', amatlah drastik bagi parti seliat UMNO, kecuali PRU13 mereka merudum.
Friday, February 05, 2010
Siri 18SX : Kisah 'Alu Lesung'.....Gempar Sekampong
Balai Rong Seri penuh sesak. Tua, muda, kecik, besar ada semua. Pepagi lagi mereka dah menunggu. Setelah Tok Sidang masuk dengan diiringi para Bentara, semua hadirin berdiri beri hormat.
Kemudian masuklah siPengadu sambil senyum simpul menoleh kanan dan kiri dengan penuh bangga. Berjalan sekejap terjengket ke kanan, sekejap terjengket ke kiri, sekejap mengempor, sekejap mengepit lutut. Semacam hendak bukitkan sesuatu
Berkata seorang Mak Cik dengan nada mengomel: "Memang lawo budak ni. Putih melepak. Kalu pompuan memang aku pinang buat menantu. Nampak macam warak je. Dahi berlekuk itam, sebiji macam Tok Siak Surau kite. Ish. Ish. Ish. Biar betul si Mamat ni. Nampak gaya ber'jalan'nya macam di buat2. Biar betul. Takkan alu lesong di 'anu'nya. Ish. Ish. Ish. Tergamak ke. Lalu ke? Ish. Ish Ish Sampai hati dia buat reka cerita.
Satu Balai ketawa berdekah-dekah. Setelah dimarahi Bentara, barulah reda, pun ada juga sorang dua Mak Cik yang mengilai sambil menutup mulut, sekali sekala terdengar hembusan angin bersembur dari mulut kerana tak tahan nak ketwa, lalu di jeling oleh Bentara.
Sejurus selepas itu masuk pula Orang yang kena tuduh dengan tenang bersama sanak isteri. Tak nampak langsung nafsu serakah di air mukanya. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui
Sempat Mak Cik tadi berbisik-bisik dengan Mak Cik sebelahnya, "Tengok air mukanya, mustahillah dia 'kemaruk' sangat. Kalau tidak udah lama isterinya ngadu kat Tok Sidang. Takkan dah tua2 gini baru datang kemaruk. Masa ngaji dulu napa tak dengan bebudak lain di'kejar' dan di'kerja'nya?"
Mak Cik sebelahnya menyampuk, "Ni kerja gila. Fitnah. Fitnah. Fitnah. Apa ke dengi sangat si Mamat tu?"
"Perbicaraan bermula, semua diam," jerit Bentara.
Tok Sidang : Betulke yang anu kamu kena 'anu'?
Si-Pengadu : "Betul Tok. Kan semalam saya udah tunjuk Dangaunya, Gerainya tempat saya di'anu'nya."
Tok Sidang : "Kamu biar betul. Kamu tak takut dosa ke?. Buktinya ada ke?"
Si-Pengadu berubah air muka, tapi dicubanya buat2 bertenang lalu menjawab,'Betul Tok. Buktinya, ini kain pelikat yang diberinya. Belum pun bebasuh lagi. Dua hari saya tak mandi dan tak berak2, saya nak tunjuk ke Tok Mudim mengesahkannya."
Tok Sidang : "Biar betul. Patut bau hapak semacam. Setahu Tok, kamu kuat makan pisang, takkan tak berak, tak kencing sampai 2 hari 2 malam. Habis tu masa kamu pegi rumah Tok Mudim, tak meleleh ke? Macamana kamu solat? Sambil nonggeng, terlentang, duduk, niarap, mengiring? Kamu mandi wajib tak?
Semua yang hadir tergelak riuh-rendah, ada yang terbatuk2 sampai keluar air mata, ada yang terkentut2. Gegak gempita Balai Rong Seri.
Cepat2 Tok Sidang meredakan keadaan, "Bicara tangguh sekejap. Sesiapa yang nak bersalin kain ke, buang air kecil ke, buang air besar ke, boleh keluar."
Perbicaraan bersambung semula.
Si-Pengadu dengan muka pucat dan kelihatan kainnya basah memberi jawapan yang ditanya tadi, "Memang betul Tok. Saya lap dengan kain ni, apa2 yang meleleh. Saya solat hormat waktu Tok. Tapi tak tau lah pulak kalau kena masuk di anu kena mandi wajib. Tapi saya solat Tok. Saya solat dari awal hingga akhir sambil nonggeng. Tok tak nampak ke dahi saya lekuk itam tanda lama sujud?
Tok Sidang : "Apa kain kamu basah tu? Kamu terkecing ye? Nampaknya kamu ni, boleh tahan loyar buruk. Keluar pergi salin kain kamu."
Si-Pengadu : "Tak mahu, saya nak Tok Mudim mengesahkannya, bahawa yang ber'keping-keping' melekat kat kain tu, ialah Si-Dia punya (sambil nuding jari kepada Orang kena tuduh).
Tok Sidang : "Kamu jangan nak ngajar aku. Mungkin kamu ni kuat bermimpi dan kuat ngelamun.
Kelihatan Tok Sidang memanggil Bentara dan berbisik-bisik sesuatu.
Bentara: "Perbicaraan ditangguh kerana Tok Mudim tak dapat datang kerana ke kampong seberang mencari teropong dan topeng muka penahan bau.
Para hadirin masing-masing memicit hidung dan menutup mulut, tak tahan bau hancing, hapak, jijik dan meloyakan.
Mungkin bersambung laporan ini......
