
PERPADUAN... Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat bersama pemimpin parti itu selepas sidang media khas di Wisma MCA hari ini. --fotoTHE STAR_Jumaat Oktober 23, 2009
Saya tak beranilah nak katakan pergolakan dalam MCA sekarang adalah yang terburuk, tetapi kalau tengok kepada 'tayangan' semasa semacam menjurus ke arah itu.
Selepas EGM, yang diadakan pada Sabtu Oktober 10, 2009 lalu, Presidennya kekal walaupun usul undi tidak percaya diterima dengan 1155 undi bersetuju, tetapi 1141 undi menentang. (Mengikut perlembagaan MCA,Presiden boleh dipecat sekiranya mendapat 2/3 undi majoriti perwakilan).
Dr.Chua diterima semula sebagai ahli dengan mendapat sokongan 1204 undi dan 1095 undi menentang.
Tetapi usul untuk mengurniakan kembali jawatan Timbalan Presiden di tolak oleh perwakilan apabila beliau mendapat 1110 undi menyokong dan 1184 undi menentang.[Baca sini.]
Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik mengisikan jawatan Timbalan Presiden yang di'kosong'kan.
Pada mulanya semua kelihatan (persepsi?) sudah selesai sesudah pelan damai dilakar seperti tergambar di atas.
Tetapi dalam pada itu Chua ada merujuk (merayu? sekali lagi persepsi?) kepada ROS tentang kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.
Apabila ROS mengesahkan jawatan Timbalan Presiden adalah milik Dr.Chua, maka disinilah bermulanya pergolakkan yang katakan maha hebat.(?)
Liow yang pada mulanya nampak jawatan Presiden hanya tinggal satu langkah saja lagi, terasa tercabar dan tergugat lalu didesak diadakan pemilihan semula.
Maka bertambah celarulah dengan drama pemecatan beberapa CC, perletakan jawatan serentak Lembaga disiplin dan tuduh menuduh orang yang dipercayai tikam belakan dan sebagainya.
UMNO pun turut 'cemas' kerana pergolakkan MCA perlu ditangani segera kerana apalah UMNO tanpa MCA dan sekutunya yang lain.
posting ini juga ada kaitan.
Kumpulan Piala Dunia 2010
-
BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan
2010.
Kumpulan A
- Afrika Selatan
- Mexico
- Uruguay
- Perancis
Kumpulan ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment